Kawan, rakan, sahabat. Semua mempunyai maksud yg sama. Apa yang korang tahu tentang kawan ? Lain2 orang akan bagi pendapat yang berlainan mengenai kawan ni. Kawan ni ada pelbagai. Kawan untuk happy, kawan untuk teman jalan2, kawan untuk bercerita, kawan untuk gaduh, kawan untuk mengambil kesempatan terhadap kesenangan dia, macam2 lagi lah.
Tentang apa yang aku tau pasal kawan ni, kawan adalah tempat untuk kita berkongsi masalah kita dan juga menjadi peneman kita untuk pergi ke mana2 saja.
Ada juga kawan yg cuma jadi kawan kita bila berjumpa sahaja, contohnya samasa berada di kolej atau sekolah. Masa tu je baru hendak berbual2, gelak tawa, tapi bila dah habis masa kat kolej, balik je rumah, kawan yg mcm tu akan dilupakan saja.
Aku ada ramai kawan. Semua lain2 perangai. Yang memeningkan kepala pun ada juga. Kaki buli ada juga. Aku yg kecil ni lagi la, asyik kena buli je, tapi tu semua tak bagi kesan sebab cuma untuk bergurau saja. Huhu.
Kita kalau hendak berkawan, biarlah ikhlas. Jangan la jadi talam dua muka. Semua tu tak berfaedah pun. Tapi jangan la kita terlalu baik pula dengan orang. Kita tak tahu hati manusia ni, ada yang akan ambil kesempatan atas kebaikan kita. Dalam berkawan, kita kenalah berhati2. Jangan main kawan je, semua hendak dinilai juga. Ada yang tak boleh pakai juga.
Ini je lah pendapat aku mengenai kawan. Lain orang, lain la pendapat dia. :)
No comments:
Post a Comment