Friday, February 25, 2011

Tanda-tanda korang kuat tersentap.

Dalam dunia ni ada macam-macam habitat. Yang selamba, yang kebal, yang bebal malah tak ketinggalan juga  yang kuat tersentap atau dalam bahasa lain, nak touching je keje. 
Sikit-sikit terasa, sikit tersentap, sikit-sikit tak nak tegur sampaikan nak bagi salam pun kena guna intonasi comel macam dalam cerita kartun. Tu pun kalau orang tu terus tak nak tegur, lain citer la.
Apa tanda-tanda yang korang ni kuat tersentap ?


1. Pantang tersilap cakap sikit, korang terus tarik muka macam gorila gunung. Member-member pun dah naik menyampah nak pujuk pasal ada banyak lagi benda nak dibuat. baik pujuk tokey restoran, dapat juga makan nasi.

2. Tak boleh terdengar nama korang disebut-sebut, terus sangka orang tu tengah mengutuk. Lepas tu menyombong bila berselisih, kononnya tak nak bertegur sapa dengan orang yang suka tikam belakang walhal orang tu tadi sebut nama pasal nak ajak minum je.

3. Tak boleh langsung ditegur bila buat salah. Pasti tersentap tak ingat dunia. Kononnya korang sajalah yang betul, orang lain tak pernah pergi sekolah. Agaknya korang sekolah dulu sorang-sorang kot ?

4. Cukup tak selesa nampak orang ketawa sambil terpandang diri korang. Dalam otak tu asyik fikir orang semua tengah mengutuk korang jelah 24 jam, macam dunia ni tercipta unutk korang je.

5. Tak tahan langsung bila dibawa bergurau oleh kawan-kawan. Tapi kalau bab mengutuk orang lain, dialah nombor wahid. Berjela-jela kutuknya sama panjang dengan jarak semburan air liurnya ke muka member.

p/s : artikel ni aq jumpa dalam majalah. Yang merepek-merepek ayat dia tu, cuma tambahan. Setiap penjelasan kat atas tu semua memang ada di kalangan sesiapa yang kuat tersentap (nak touching je keje dia)



Thursday, February 17, 2011

BERJAYA dan GAGAL adalah perkara yang berfaedah !

Hanya 2 jawapan yang bakal anda temui di dalam dunia perniagaan.. Sama ada berjaya atau gagal.. Jika anda BERJAYA maka itulah kegemilangan dan tingkatkan lagi usaha itu agar terus dalam genggaman.

Jika anda GAGAL seklipun maka itulah ILMU dan PENGALAMAN... kerana anda sudah berani memulakan langkah dan tindakan..

Anda tidak akan langsung rugi meneroka bidang perniagaan, kerana BERJAYA dan GAGAL adalah perkara yang berfaedah. 

p/s : kata-kata hikmat untuk sesiapa yg buat bisnes ataupun apa-apa saja..

.: 5 DERIA :.

Biarkan MATA anda melihat..
TELINGA anda mendengar..
LIDAH anda bermadah kata..
AKAL anda berfikir..
Tetapi sebelum itu..
Pastikan IMAN anda menafsir..
- Prof. Ir. Ahza -

.: Maksud CINTA, KASIH SAYANG & HATI sebelum & selepas Kahwin :.

CINTA :

(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa..
I = impian indah ibarat syurga..
N = nikah impian utama..
T = taat setia membawa bahagia..
A = awal dan akhir bersama-sama..

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka..
I = iblis yang merosak minda..
N = nafsu semata-mata..
T = tuba yang dibalas semula..
A = api dalam neraka..

KASIH :

(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka..
A = abang adik, ayang anja..
S = sumpah janji di bibir sentiasa..
I = istana bahagia dah dicipta..
H = hatiku hatimu jua..

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala..
A = abuk pun tara, nak makan apa??..
S = simpati langsung tak ada..
I = ironi membakar jiwa..
H = hidup mati sama je..

SAYANG :

(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!..
A = asal free mesti nak jumpa..
Y = you lap me, I lap you!..
A = apa saja sanggup diduga..
N = nak itu, nak ini... mesti dapat..
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama..

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia..
A = air tak sedap, basahlah mata..
Y = yang betul dia je..
A = ada takde, bagi anak reti la..
N = nak dilawan, digelar derhaka..
G = gaduh sampai lebam..

HATI :

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta..
A = air paip pun manis macam gula..
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila..
I = igauan indah tak terkira..

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna..
A = air mata jadi teman setia..
T = tempat mengadu dah tak ada..
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa..

Nak buat macam mana? Renungkan la..
Bukan hendak menunjukkan atau menuding jari kat sesiapa, tapi ni la juga yg terjadi pada masa sekarang ni. Apa yg berlaku semua adalah dugaan daripada Allah, dan ada hikmahnya yg tersendiri..

Wednesday, February 16, 2011

Tiga Malam Satu Cerita

Aku Hamba-NYA

Sesekali Abu Sufyan membelingkas, khuatir kalau ada orang yang melihatnya. Tetapi tidak ada apa yang nampak selain hitam malam yang pekat. Dua tiga langkah ke depan, dia tertoleh-toleh lagi. Tidak percaya pada gelap malam yang menyelimuti; dia tidak boleh melihat sesiapa, begitu juga sebaliknya.

Semakin dekat ke tempat dituju semakin berasa tidak sabar pula dia. Langkah yang diatur berhati-hati dicepatkan sedikit. Tetapi kemudiannya perlahan-lahan langkah bersemangat itu menjadi kendur dan mati dengan sendiri. Abu Sufyan tercegat seorang diri di dalam gelap, berdekatan sebuah rumah. Tidak mahu melangkah lagi.

Sebaliknya membuka seluas-luasnya deria pendengaran, menangkap suara yang datang dari rumah itu. Diamati dengan cermat, tidak mahu tercicir sepatah pun. Semakin lama dia berasa semakin asyik dan terpesona. Terbuai-buai dengan untaian suara yang lunak dan menyentuh perasaan.

Lebih daripada itu, patah-patah kalimah yang diucapkan terasa cukup indah sekali. Abu Sufyan boleh merasai kedamaiannya, melata ke seluruh ruang sanubari. Lalu mengheret langkahnya smeakin mendekat lagi ke rumah itu.

Abu Sufyan tidak kisah lagi terpaksa berdiri lama di dalam gelap. Dia ingin menikmati bait-bait pengucapan yang bersenandung di dalam rumah. Semuanya jelas dan nyata di telinganya. Semuanya benar dan sempurna pada penilaiannya. Abu Sufyan semakin dihanyutkan alun emosinya sendiri.

Dia beredar setelah tidak kedengaran lagi suara yang berlagu itu. Hanya bekasnya yang tertinggal melekat di dalam dada. Memerangkap Abu Sufyan dengan keresahan yang hebat; tidak tahu perasaan apa yang sedang menyerang dirinya.

“Hey! Siapa tu?” satu suara tiba-tiba menyergah, mematikan langkah Abu Sufyan.

Sekali ingat, rasanya dia amat biasa dengan suara itu. Tetapi tidak mungkin… mustahil itu suara orang yang cukup dikenalinya. Buat apa dia ke situ pada tengah-tengah malam begitu. Dalam kegelapan, Abu Sufyan melihat sesusuk tubuh manusia berbalam-balam bergerak ke arahnya.

PERTEMUAN DALAM GELAP

“Engkau Abu Sufyan?! Apa yang engkau buat di sini?”

“Engkau pula…apa yang engkau buat di sini?!” balas Abu Sufyan. Telahannya tadi tidak meleset. Memang sah, dia ditegur oleh seorang yang memang sangat dikenali. Kawan baiknya – Abu Jahal. Tetapi kenapa Abu Jahal boleh berada di situ?

“Jangan-jangan engkau datang mendengar Muhammad membaca al-Quran?” Abu Jahal menebak. Tidak sempat Abu Sufyan menjawab, terdengar derap kaki seseorang sedang berjalan. Dalam kesamaran cahaya malam, semakin lama semakin jelas kelibat orang itu. Abu Sufyan dan Abu Jahal saling berpandangan. Orang itu melintas hamper dengan tempat mereka berdiri. Mungkin tidak perasan kerana keadaan yang gelap.

“Hei! Siapa tu?” Sergahan Abu Jahal serta-merta membuatkan orang itu berhenti langkah. Selepas diam sejurus dia bergerak mendapatkan Abu Jahal.

“Akhnas?!” Ucap Abu Jahal dan Abu Sufyan serentak. Akhnas bin Syarik, seorang pembesar Quraisy yang juga sahabat baik mereka.

“Apa yang kamu berdua buat di sini?” Akhnas melontar pertanyaan.

“Soalan itulah yang hendak aku tanyakan kepadamu,”tingkah Abu Jahal.

“Engkau dari rumah Muhammad?” Abu Sufyan pula bertanya.

“Haah! Mengarutla. Buat apa ke sana?” cepat Akhnas menyanggah.

“Mungkin mencuri dengar Muhammad membaca al-Quran,” Abu Jahal meneka. Tekaan yang tadi ditujukan kepada Abu Sufyan tetapi tidak sempat dijawab.

“Mana engkau tahu Muhammad membaca al-Quran?” giat Akhnas pula.
Abu Jahal terkedu. Terperangkap dalam jeratnya sendiri. Tetapi dia cuba mencipta alasan untuk meloloskan diri, “Aku agak sahaja. Manalah tahu malam-malam begini dia baca al-Quran.”

“Berterus-terang sajalah, wahai Abal Hakam. Cara engkau bercakap pun aku tahu engkau cuba menyembunyikan sesuatu,” kilas Akhnas.

“Jadi, kita bertiga ke sini untuk mendengar Muhammad membaca al-Quran?” Abu Jahal akhirnya mengaku, walaupun bernada pertanyaan.

MALAM ESOK DATANG LAGI

“Ayat-ayat yang dibacakan oleh Muhammad tadi sungguh indah sekali. Terpesona aku dibuatnya,” Akhnas memberi komen tanpa berselindung.

“Gila kau! Jangan sampai engkau terpedaya dengan puisi gubahan anak saudara Abu Talib itu!” cepat Abu Jahal membentak. Tidak suka benar dia dengan apa yang diucapkan oleh kawannya itu.

“Ingat, jangan sampai apa yang berlaku pada mala mini diketahui oleh orang lain. Lebih-lebih lagi Muhammad,” Abu Sufyan memberi pesan kepada dua orang kawannya. “Kalau tidak malu besar kita nanti.”

“Cukuplah malam ini sahaja kita ke mari. Selepas ini jangan ke mari lagi,” kata Abu Jahal pula sambil beredar pergi.

Malam yang gelap-gelita itu pun setia menyimpan rahsia. Tetapi taktala senja keesokan harinya turun menyerkup alam, Abu Sufyan mula keresahan. Abu Jahal mula merancang-rancang. Akhnas pula digoda keinginan yang kian tidak tertahan. Entah kenapa berasa terlalu lambat pula masa bergerak; menunggu malam betul-betul matang.

Akhnas kelemasan diasak kehendak yang meronta-meronta. Dia cuba bertahan tetapi nyata desakan dalaman terlalu kuat. Begitu juga dengan Abu Jahal dan Abu Sufyan. Akhirnya menurut saja kaki yang melangkah. Tiga sekawan menyusuri laluan tiga laluan menuju ke satu tujuan dengan satu keinginan.

Mereka kemudiannya terkejut lagi kerana bertemu di lorong yang menghala pulang. Lalu berjanji tidak mahu datang lagi. Tetapi malam berikutnya perkara yang sama juga berlaku. 
Dan janji malam yang ketiga brulah betul-betul dipatuhi. Wallahu’alam.